syuhadablogspot.com

This Is My Story.Ini Cerita Saya















Sunday 12 December 2010

Tips Muka Cantik Tau



Nie pic tahun 2010 (*__*)



Ni picture i tahun 2008 (^__^)



Lihat perbezaan nya tau you all..Muka i hitam sbb main sport ms tuh berjemur,berpanas dan segalanya la..Tgk sekarang muka sy dah semakin ok la..I nak sgt jaga muka i supaya comam gitu.I pom post la entry nie..


Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah at least 5 kali sehari dengan air wudhu. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.

Untuk menghilangkan stress, cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', 'Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii' (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku. (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan persahabatan yg ikhlas. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi


P/S:Selamat beramal ye you all.Jaga muka dan kecantikkan berdasarkan syariat Islam.Lagi ok dari guna produk beribu-ribu hinggit(RM) kan??

No comments:

Post a Comment